Andainya Lelaki Tahu..Apabila
Seorang Perempuan Jatuh Cinta
Apabila seorang perempuan
jatuh cinta,lelaki itu tidak
semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah
segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..Apabila
seorang perempuan itu
mengalirkan air mata, itu
bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari
kekuatan untuk terus tabah
menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..Apabila
seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu
mengawal perasaannya tapi
percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat
dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru
bercinta, mereka jarang
bergaduh. Tetapi percayalah
semakin bertambah sayang
mereka pada seseorang,
semakin pula banyak
pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..Apabila
perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud
untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki
mengenalinya dengan lebih
dekat.
Andainya lelaki tahu..Apabila
perempuan berkata dia mahu
anda berubah, itu bukan
bermakna dia tidak mahu
menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan
anda lebih baik, bukan untuk
dirinya, tetapi untuk masa
depan anda.
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan cemburu dan tidak
percayakan anda, bukan
bermakna dia tidak
sayang..tetapi dia terlalu
sayangkan anda dan masih
mengangap anda anak kecil
yang masih memerlukan
sepenuh perhatian. Kadang2
dia terlalu risau sekiranya
terlalu percaya, anda akan
mengkhianati kepercayaan
yang diberi. Naluri keibuannya
sangat kuat. Dia hanya
mahukan yang terbaik untuk
anda.
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan merajuk, jangan
kata dia mengada-ngada. Dia
bukannya mahu dipujuk dengan
wang ringgit atau hadiah
sedozen, tetapi cukup dengan
perhatian yang boleh buat
perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan jarang mengatakan
‘i love u’, itu tidak bermaksud
dia tidak menyintai tetapi dia
mahu lelaki itu merasai sendiri
cintanya, bukan hanya hadir
dari kata-kata tetapi juga
melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan kata dia rindu
sama kamu, dia benar-benarmaksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda