Thursday, 7 June 2012

maksud pangkal nama =)

‎:: Rahsia Personaliti Mengikut
Huruf Pangkal Nama ::
HURUF A
Ramah dan murah
senyuman.Mereka juga pandai
menyesuaikan diri dalam
pergaulan selain bijaksana dan
cerdas.Kelemahannya, sangat
mudah berasa hati, dan mudah
mengeluarkan kata-kata pedas
ketika meluahkan perasaan
marah. Meskipun begitu
marahnya mudah reda.
HURUF B
Selalu tenang dalam menghadapi
masalah yang rumit dan
membahayakan dirinya adalah
ciri penampilannya.Mereka juga
sangat setia dan penyabar, yang
menjadikannya amat disenangi
dalam pergaulan. Kelemahannya
sangat mudah tersinggung.
HURUF C
Ramah dan pandai berbicara.Ini
yang menjadikannya popular di
kalangan rakan-rakan. Mereka
tidak bersungguh dalam
bertindak dan selalu menganggap
masalah yang dihadapi adalah
remeh.
HURUF D
Pendiam, bercakap hanya bila
perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat
bekerja. Kelebihannya itulah yang
menghasilkan kejayaan dalam
mencapai cita-cita. Kelemahannya
adalah selalu bimbang dan sukar
mempercayai orang lain.
HURUF E
Pandai dan penuh pertimbangan
dalam menjalankan tanggung
jawab. Sikapnya periang bila
hatinya senang, tetapi suka
berdiam diri apabila hatinya
gundah dan boleh membuatkan
hati orang lain terluka.
HURUF F
Punya pendirian yang teguh,
tidak mudah goyah dan keras
kepala.Mereka juga sukar
memaafkan.Tidak setia dan amat
berhati-hati bila berbelanja.
HURUF G
Kerap murung dan bersedih hati.
Pendiriannya mudah dipengaruhi.
Tekun belajar ketika rakannya
bermalas-malasan dan sebaliknya
suka bermalas-malasan ketika
rakannya sedang tekun.
HURUF H
Mudah simpati, bahasanya lemah-
lembut. Tidak pernah melukai
perasaan orang lain. Selalu
tergesa-gesa dalam melakukan
pekerjaan, suka berkhayal dan
bercita-cita terlalu tinggi.
HURUF I
Suka memendam perasaan dan
permasalahan. Mereka juga
mudah merasa curiga dan
cemburu terhadap orang lain.
Suka menangis.
HURUF J
Ramah dan murah senyuman.
Mereka juga pandai
menyesuaikan diri dalam
pergaulan. Mudah merasa ragu
dalam membuat keputusan dan
tidak tegas.
HURUF K
Pandai berjenaka. Hari-harinya
sentiasa ceria walaupun
perasaannya gundah.
Kelemahannya suka bercerita
rahsia
HURUF L
Ramah dan pandai bergaul dan
mempunyai ramai kawan. Tidak
suka bergosip dan mencampuri
urusan orang lain. Amat berhati-
hati bila berbelanja.
Kelemahannya tidak menepati
masa.
HURUF M
Pandai dan kreatif, suka
kelembutan dan jika dikongkong,
mereka akan memberontak.
Senang dijadikan sahabat, kerana
mereka tidak berkira.
Kelemahannya boros dan keras
kepala.
HURUF N
Baik hati dan rapi dalam
berpakaian. Mereka suka
menghulurkan tangan menolong
orang lain tanpa memikirkan
balasan. Kelemahannya mudah
bersedih hati dan kurang percaya
diri.
HURUF O
Serba boleh. Suka memendam
perasaan dan permasalahan serta
sukar mempercayai orang lain.
Akibatnya ramai yang
menggapnya sombong dan suka
memilih teman.
HURUF P
Pandai berjenaka dan selalu ceria.
Punya banyak idea dan sangat
kreatif. Sering melakukan sesuatu
yang belum dilakukan orang lain.
Agak pendendam dan boros.
HURUF Q
Setia dan mudah memaafkan
orang lain. Suka meluangkan
waktunya untuk kawan-kawan.
Keras kepala, sukar diatur dan
mudah emosi.
HURUF R
Pendiam dan bercakap hanya bila
perlu. Tekun dengan kerja yang
disukai dan bersungguh-sungguh
dalam mengejar cita-cita. Suka
mengkritik. Dan sukar mengawal
bicara ketika marah.
HURUF S
Pandai dan tekun dalam mengejar
cita-cita. Tidak suka pada orang
yang suka memungkiri
janji.Kelemahannya mudah
tersinggung selain sukar
menahan emosi. Jika sudah emosi
marahnya meledak-ledak.
HURUF T
Sangat berdisiplin. Selalu
mengerjakan sesuatu menurut
aturan buku. Tidak suka
mengelamun atau bermalas-
malasan. Suka menonjolkan diri
selain senang gugup, terutama
bila bersalah.
HURUF U
Suka berterus-terang dan
menyendiri. Naif baginya
merugikan orang lain. Tidak tahan
dengan kritikan dan kurang
pandai menyusun kata-kata jika
berbicara didepan orang ramai.
HURUF V
Tutur katanya lembut dan pemalu.
Pandai meyesuiakan diri.Selain
itu, mereka juga pandai
menguasai orang disekitarnya
dengan cerita-cerita yang
memikat. Tidak suka berterus
terang.
HURUF W
Ramah dan mudah simpati.
Sikapnya amat menawan. Punya
toleransi yang tinggi dan ringan
tangan. Keras kepala dan sukar
diatur, tetapi hatinya boleh
dilembutkan dengan kesabaran
dan kelembutan.
HURUF X
Budi pekertinya halus. Suka
melakukan pekerjaan sosial.
Mudah tersinggung dan tidak
akan berbaik dengan mereka
yang menyinggungnya.
HURUF Y
Pendiam dan tidak suka
menonjolkan diri. Ramai
menganggapnya sombong
walaupun sebenarnya mereka
adalah sahabat yang baik. Tidak
berani mengemukakan pendapat.
HURUF Z
Pandai berjenaka dan
menyesuaikan diri dalam
pergaulan. Suka disapa terlebih
dulu dan gemar menonjolkan diri.