Saturday, 2 June 2012

Malulah ditempat yang sebenarnya

Mana yang patut dimalukan?
◆ Malu kerana berbaju kurung, berpakaian muslimah,
◆ Atau malu berpakaian tidak menutup aurat?

◆ Malu kerana tiada kekasih,
◆ Atau malu ke hulu kehilir dengan yang tidak halal untukmu?

◆ Malu kerana dikatakan alim,
◆ Atau malu kerana dikatakan teruk?

◆ Malu kerana dikatakan kuno disebabkan mengikut syariat Islam,
◆ Atau malu kerana dikatakan lupa agama Allah?

◆ Malu kerana menasihati ke arah kebaikan,
◆ Atau malu mengajak kearah kemungkaran?

◆ Malu kerana melakukan apa yang manusia tidak suka,
◆ Atau malu melakukan apa yang Allah tidak suka?

p/s : MALU itu perlu..tetapi letakkan malu itu DITEMPAT YANG SEBENARNYA..malulah di hadapan Allah andai kita TIDAK MELAKSANAKAN apa yang diperintahnya, sedangkan kita MENIKMATI segala pemberianNya..jadilah kita hambaNya yang tahu BERSYUKUR, insyaAllah..♥♥.