Friday, 27 January 2012

sayang merekaaaaaaaaa ♥

Assalamualaikum =)
Haihai =D
Hari ni rajin pulak dyla nak update blog ken ken ?? Sebab ape ehh ? Entah lah , sebab dyla rindu dia koooot .. =( Dia tuu sape ?? Cinta hati dyla lew ~ haha , DULU je sekarang mungkin dia dah jadi hak milik orang .. Mungkin lew dyla tak tahu sebab dah tak contact dia .. Dia pun tak text text dyla puuuns .. Padahal dia ada number dyla .. ='( Nak tahu siapa orang yang telah mencuri HATI dyla tuuu ? CAPITAL J !! ILY <3

Dialah orang yang dyla paling sayang & dia jugalah orang paling lama dyla couple .. Macam lama sangat pulak padahal tak lama macam korang pun ken ? 4bulan je bukan 4tahun .. haha , serius jealous dengan abang dyla yang couple dah 8 tahun kooot .. kooot je lah dyla kureng pasti lew .. Dyla sayang sangat kau lew !! Tapi sekarang dia dah sombong .. =''(

Sebab ape dyla sayang dia ?? Sebab dia FUNNY sangatsangat .. Selalu buat dyla ketawa time dyla sedih .. Tapi , sekarang ?? Dia dah tak ada dalam hidup dyla lagi , dia dah PERGI ~ Lepas clash dengan dia tahun lepas serius menyesal gilagila .. ='( Lepas tuu , dyla tak boleh sayang manamana lelaki selain dia walaupun couple dengan orang .. (family tak termasuk dlam hal cinta key ) Dyla try untuk sayang pakwe baru tuuu but still sayang kan kau dan tak boleh terima orang lain .. Dyla tolak cinta orang lain sebab tunggu kau lew SAYANG !! Sejak clash , kita dah tak contact lagi ken ?? Dyla tanya semua kawankawan kau then dorang kata kau dah tak guna fon .. #sanggup ! Then walau pape pun dyla tetap akan tunggu kau jugak sayang .. Kalau kita still couple lagi dah setahun dah ken ?? hurm <3
8 bulan dyla tunggu kau .. Kau tahu semua tuu ?? Setiap kali dyla teringatkan kau dyla menangis kau tahu ?? Then , dyla terjumpa fb kau pas tuu ape lagi tekan button ADD AS FRIENDS lew .. Ya allah , gembiranya masa tuu hanya allah sahaja yang tahu .. Lepas kau dah APPROVE kita berborak .. BLABLABLA ~ Then kau suruh dyla cari pakwe BARU .. Ya allah , KECEWA yaaaa dyla .. Dyla kuatkan diri untuk sabar dan fikir kan benda tuu tak pernah terjadi .. Lepas dari tuu kita dah tak contact lagi ken ?? (sedih)

Lepas sebulan tak contact , someone datang dalam hidup aku .. Siapa dia ?? CAPITAL H ~ Cara dia layan dyla macam J .. Entah macam mana dyla boleh SAYANG dia .. <3 Everyday bergayot dengan dia .. Macam dyla selalu bergayot dengan J .. Happy gila +++++ !! Dyla ingat dia boleh gantikan tempat J .. Tapi ........ hari tuuu dyla bukan marah sebab awak taknak jumpa dyla .. Then , tetiba awak call .. Time tuu tengah PENAT+MENGANTUK+SAKITKAKI+SAKITHATI memang tak lah nak pickup call awak tuu .. Pas tuu awak text awak ckap "jawap lah ada hal penting nak cakap" then dyla nak reply tapi awak dah call .. Pastuu fikir-2 lagi nak jawap ke tak .. Pastuuu dyla jawap jugak ken sayang ?? awak tanya rumah saya kat mana saya jawap dengan main-2 saya kata 'dekat atas tanah' .. pastuu awak suruh serius saya puuun serius lah nanti awak marah .. Awak kata awak nak jumpa saya , saya ingat awak main-main rupanya awak dah ada kat kuil tuuu .. Kalau awak kat rumah lagi mesti saya akan cakap TAPAYAH !! Tapi , awak dah gerak saya puun terpaksa keluarlah naseb baek dah mandi tau .. *memerli* haha , tapi memang betul puuun time tuuu baru lepas mandi .. Lepas balik MERENTAS DESA dyla terus tidur then bangun terus text awak then pergi mandi .. Pastuuu panggilan dari awak yang awak kata nak jumpa saya .. =') Jumpa sekejap jee .. SOKAY saya tetap bersyukur .. =')

Then , otw balik awak pusing-2 kat tman rumah saya keeeen ?? Nak follow cakap je lew ~ Awak yang follow saya , cakap saya pulak yang follow awaaaak !! *weeeeeekkkss* Malam tuuu text sekejap pastuu stop sebab awak kata ape saaaayaaaang ?? Awak kata bateri low ~ Lepas tuuuu dan seterusnya awak dah takk call saya ken ? kenapa ?? Ape salah saya ?? If saya ada buat salah , saya mintak maaf k ?? Awak tahu setiap kali nak tidur , saya tengok fon saya teringat kat awak .. Setiap kali saya terjaga dari tidur , saya teringat kat awak awak tahu semua tuuu ?? saya menangis sebab awak awak tahu ?? #silalahbangga
Setiap hari saya tunggu awak saya ingat awak akan call .. Tapi , TAK !! Kecewa lew ~ Malam tadi saya buat misscal kat awak ken sayang ?? Then dalam beberapa minit awak call saya balik .. Sorry saya gaggu awak tidur !! Saya ingat awak tak tidur lagi sebab selalu nya awak tak tidur lagi .. Sebab saya taknak ganggu awak tidur , saya suruh awak tidur balik .. Tapi , kenapa suara awak macam tak sihat jee ?? hurm , saya rasa awak ada makwe ken sayang ?? kenapa awak taknak cakap ?? hurm ='(

CAPITAL J : Dyla sayang kau gilagila laaaaah weeeeeeeeeeeeeeeh !! Thanks buatkan hidup dyla bahagia ='(
CAPITAL H : Sayang awak lew !! Thanks happy ken dyla , hancurken hati dyla , mainken hati dyla .. Thanks segalagalanya lah sayang <3

p/s : Dyla harap korang faham perasaan dyla & dyla harap korang sentiasa bahgia bersama orang yang tersayang .. Tetap menunggu korang lew sayaaaaaaaaaaaaang !! ILY <3 <3
#silabangga

Thursday, 26 January 2012

Get well soon ♥

Assalamualaikum =)



Hai !! Siapa manusia yang diatas ni ?? Nak tahu ? tanya lew dia .. Dia ni pakwe saya lew ~ haha , dia satu-satunya cousin yang paling dyla sayang .. Kitaorang memang rapat sejak azali lagi .. HAHA !! Sayang gila ahh kat dia !! Sayang dia lebih dari pakwe dyla .. Tapi sebanarnya tak ada pakwe pun =) Aku sebanarnya nak cakap yang aku tak boleh terima yang dia cakap sekarang dia tengah saket .. ='( Hurm , sorry dyla banyak saketkan hati kau ken sayang ?? Dyla kejam kan ?? Dyla betulbetul sayangkan kau budak !! Tolong jangan buat dyla sedih macam ni .. Kau pun nampak dyla tengah menangis ken time WEBCAM tu ?? Aku betul-betul sayangkan kau gila !! *tolongbangga #haha !! Kenapa lah kita jauh ?? Aku rindu kau ahh !!

Serius rindu kau .. Rindu nak gelak , berborak , menyanyi , makan , minum , tidur , mandi samasama .. Semua samasama ahhh !! Oooppss !! Mandi tuu time kecikkecik je lew .. Sekarang NO laaaaah .. GILA ?? =,=' hahaha .. Btw , GET WELL SOON .. Tolong jangan tinggalkan aku .. TAKE CARE !! jangan lupa makan ubat .. GOOD LUCK PMR !! ILY ♥ =')

Friday, 6 January 2012

·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ Ʒ> SUATU SAAT NANTI < Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·

·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ Ʒ> SUATU SAAT NANTI < Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·

Andai suatu saat aku hilang daripada pandanganmu,
usah kau cari aku kerana aku tidak pernah meninggalkanmu.
Andai suatu saat aku berhenti menghubungi dirimu,
usah kau gusar kerana aku juga ingin waktu untuk diriku.
Andai suatu saat aku mengalirkan airmataku,
usah kau usap kerana aku ingin membasuh kekecewaan hatiku.

Namun andai suatu saat engkau hilang daripada pandanganku,
aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu.
Andai suatu saat engkau berhenti menjawab panggilanku,
ingatlah aku sentiasa ada saat-saat kau memerlukan diriku.
Andai suatu saat kau tersenyum bahagia,
aku juga akan tersenyum gembira melihat dirimu bahagia.

Cuma pesanku,
andai suatu saat engkau memerlukan aku
dan aku tiada untuk membantumu
usahlah kau rayu aku.......
Bukan kerana aku membenci dirimu
tapi kerrana aku takut aku akan menyakiti hatimu....♥

Saturday, 10 December 2011

senyum membuatkan kita gembira walaupun dalam kesedihan .. =')

                                          ♥ Senyumlah andai dirimu DILUKAI♥
                                          ♥ Senyumlah andai dirimu DILUPAI ♥
                                          ♥ Senyumlah andai dirimu DIKHIANATI ♥
                                          ♥ Senyumlah andai dirimu DITINDASI ♥
                                          ♥ Senyumlah andai dirimu DIBEBANI ♥
                                          ♥ Senyumlah andai dirimu DASAKITI ♥

sorry =')

ouke , aku nak bagi tahu niHh ..

semalam last aku text kau , aku tak bole text kau lagi ..
semalam last aku reply text kau , aku takkan reply text kau lagi ..
semalam last aku rindu kau , aku taknak rindukan kau lagi ..
semalam last aku sayang kau , aku kena lupakan kau ..
semalam lah last cinta aku pada kau , aku nak lepaskan kau ..

selamat menjalani hidup baru tanpa aku dan aku harap kau bahgia bersama orang terSAYANG .. lupakan aku dalam hidup kau .. aku buat semua niHh sebab aku nak tengok kau happy .. aku harap kau baca status aku niHh .. =')

Thursday, 8 December 2011

cover malu =))

▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀
Cara-cara cover malooooo...... 【ツ】
▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀
1. Kalo tersepak batu°.► Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..
2. Kalo terjatuh beskal°.► cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...
3. Kalo terjatuh tangga°.► terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...
4. Kalo terjatuh dalam longkang°.► pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....
5. Kalo jatuh ketika nak naik bas°.► jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....
6. Kalo terjatuh di dpn bus stop°.► terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....
7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin°.► tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?.... HAHAHAHHA ~


Monday, 5 December 2011

pilih tarikh lahir anda .. =)

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.
no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.